
Primakasih Yan
Dr Abdul Hafiz Bin Abdul Rahman
Pengasas Primakasih · Yan
MMC 66607 · University of Newcastle, Australia
Pengasas Primakasih dan doktor berdaftar yang bertugas di cawangan Yan.
Pasukan kami
Kami mendengar cerita penuh sebelum merancang penjagaan. Kenali doktor di Yan dan Alor Setar, dan semak jadual bertugas sebelum datang.

Primakasih Yan
Pengasas Primakasih · Yan
MMC 66607 · University of Newcastle, Australia
Pengasas Primakasih dan doktor berdaftar yang bertugas di cawangan Yan.

Primakasih Alor Setar
Doktor perubatan am · Alor Setar
MMC 103332 · MBBS, University of Western Sydney
Pengalaman doktor keluarga di Australia, kini di Taman Anggerik. Dr Shahrul pernah berkhidmat dalam perubatan am di New South Wales, termasuk klinik luar bandar dan urgent care, sebelum menyertai Primakasih Alor Setar pada 2025. Kini beliau menjaga seisi keluarga di Alor Setar, dengan bidang minat masalah kulit, kesihatan warga emas, kesihatan lelaki dan kanak-kanak.
Profil penuh →
Primakasih Yan
Doktor berdaftar · Yan
MMC 88517 · MD, Universiti Sains Malaysia
Pernah bertugas di Hospital Yan. Kini doktor keluarga anda di Taman Awana. Sebelum di Primakasih, Dr Hasif berkhidmat di Jabatan Pediatrik, Kecemasan dan Perubatan Am Hospital Yan. Pengalaman itu membantu beliau menilai dengan tenang bila sesuatu boleh dirawat di klinik dan bila perlu dirujuk ke hospital, untuk anak kecil hingga datuk nenek.
Profil penuh →
Primakasih Yan
Doktor berdaftar · Yan
MMC 46806 · MD, Universiti Kebangsaan Malaysia
Hampir 20 tahun sebagai doktor. Kini menemani ibu dan bayi di Yan. Dr Fatin memulakan kerjaya di Hospital Sultan Abdul Halim dan lebih lapan tahun bertugas di jabatan telinga, hidung dan tekak di sana. Kini di Yan, beliau banyak membantu ibu baru: bayi susah menyusu, lekapan yang sakit, dan penilaian lidah terikat (tongue-tie).
Profil penuh →Nama, pendaftaran MMC, kelayakan asas dan cawangan mengikut rekod pemilik serta biodata profesional yang disahkan pada 24 Ogos 2026. Jadual perlu disahkan sebelum lawatan.
Bagaimana lawatan berjalan
Hantar mesej WhatsApp dan nyatakan nama doktor serta sebab lawatan. Team akan semak waktu bertugas di cawangan.
Doktor akan mendengar sejarah kesihatan, membuat pemeriksaan yang sesuai dan menerangkan dapatan dalam bahasa yang mudah.
Pilihan penjagaan dibincangkan selepas penilaian. Rujukan ke hospital atau bidang lain dibuat apabila diperlukan.
Jadual bertugas boleh berubah. Mesej dahulu untuk menyemak ketersediaan doktor pilihan anda.
Kecemasan? Hubungi 999 atau ke jabatan kecemasan hospital terdekat.