Menu Tutup

Penjagaan keluarga, disusun mengikut keperluan

Dari demam harian hingga saringan menyeluruh, dikendalikan oleh doktor berdaftar di Yan dan Alor Setar. Setiap laluan bermula dengan penilaian doktor, bukan terus beri rawatan.

Dengar dahuluDoktor nilai dahuluCaj disahkan dahulu

Perkhidmatan klinik, disusun supaya senang dicari

Tak pasti laluan mana? WhatsApp ringkas tentang keadaan anda; team membantu menyusun langkah pertama.

Rawatan am & penyakit kronik

Gejala harian untuk seisi keluarga, dan pemantauan penyakit jangka panjang.
Lihat penjagaan penyakit kronik →

Rawatan luka

Penilaian luka oleh doktor, dressing dan siri susulan.
Lihat rawatan luka →

Lutut & sendi

Penilaian dahulu; suntikan hanya jika sesuai dengan keadaan dan tahap.
Lihat rawatan lutut & sendi →

Telinga, hidung & tekak

Terutamanya di Yan bersama Dr Fatin; untuk Alor Setar, sahkan melalui WhatsApp.
Lihat telinga, hidung & tekak →

Pembedahan kecil

Prosedur kecil kulit, kuku dan luka, selepas penilaian doktor.
Lihat pembedahan kecil →

Doktor & jururawat ke rumah

Untuk pesakit yang sukar datang ke klinik dan keadaan bukan kecemasan.
Cuci luka semasa lawatan ke rumah
Lihat doktor ke rumah →

Berat badan (GLP-1)

Pelan bermula dengan penilaian doktor, bukan janji hasil.
Lihat pengurusan berat badan →

Pemeriksaan kesihatan & ujian

Medical checkup, saringan dan pengimejan, dengan keputusan diterangkan doktor.
Lihat pemeriksaan kesihatan →

Wanita, ibu & bayi

Saringan wanita, kehamilan, penyusuan dan kesuburan.

Caj disahkan selepas penilaian doktor, sebelum rawatan.

Dua cawangan di Kedah

Pilih lokasi yang dekat dengan keluarga

Waktu di bawah datang daripada jadual cawangan. Status dibuka secara langsung berdasarkan jam pelawat.

Alor Setar

Sabtu–Khamis, 9 pagi–10 malam, Jumaat tutup

Klinik Perubatan Primakasih

236 & 237, Lorong Peremba 1, Taman Anggerik, 05050 Alor Setar, Kedah

Sabtu–Khamis, 9 pagi–10 malam, Jumaat tutup

Sebelum anda datang

Maklumat ringkas tentang caj, cawangan dan cara menempah.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan Primakasih?

Perkhidmatan kami disusun mengikut kumpulan: rawatan am dan penyakit kronik; rawatan luka; lutut dan sendi; telinga, hidung dan tekak (terutamanya di Yan); pembedahan kecil; doktor dan jururawat ke rumah; berat badan (GLP-1); pemeriksaan kesihatan dan ujian; wanita, ibu dan bayi; serta panel dan PeKa B40. X-ray di Yan sedang diselenggara. Semua perkhidmatan klinikal dikendalikan oleh doktor berdaftar.

Berapa kos perkhidmatan ini?

Caj setiap perkhidmatan disahkan selepas penilaian doktor, sebelum rawatan. Untuk doktor ke rumah, caj disahkan sebelum lawatan. WhatsApp kami jika mahu bertanya dahulu.

Bilakah khidmat sunat dibuka?

Khidmat sunat lelaki dibuka secara bermusim, biasanya ketika cuti sekolah. Untuk sunat perempuan (bayi), dan untuk tarikh serta slot semasa, WhatsApp kami.

Di cawangan mana perkhidmatan ini tersedia?

Primakasih mempunyai cawangan di Yan dan Alor Setar, Kedah. Sesetengah perkhidmatan bergantung pada cawangan dan ketersediaan, jadi sahkan pilihan anda melalui WhatsApp.

Bagaimana untuk membuat temujanji?

WhatsApp 011-3530 1469 dan sebut perkhidmatan serta cawangan pilihan. Walk-in untuk rawatan am biasanya diterima dalam waktu operasi.

Adakah perlu penilaian doktor dahulu?

Ya. Doktor menilai keadaan dan kesesuaian sebelum rawatan, prosedur atau pakej diputuskan.

Ceritakan ringkas. Kami bantu cari langkah pertama.

Beritahu gejala atau keperluan, umur pesakit dan cawangan pilihan. Jangan masukkan dokumen atau maklumat sensitif dalam mesej pertama.