Menu Tutup

Housecall · Yan & Alor Setar

Doktor datang ke rumah — bila keluar terasa susah

Lawatan doktor untuk warga emas, pesakit terhad pergerakan dan keadaan bukan kecemasan. Lokasi, slot dan jumlah caj disahkan sebelum doktor bergerak.

Maklumat yang anda hantar hanya digunakan oleh pasukan Primakasih untuk mengatur rawatan. Kongsi maklumat asas dahulu; butiran kesihatan boleh dibincang terus dengan doktor. Dasar Privasi →

Dari RM150
harga panduan
Alor Setar & Yan
serta kawasan berdekatan
Team sahkan
jarak, slot dan caj
Staf membawa beg peralatan untuk lawatan ke rumah

Penilaian dahulu. Rawatan mengikut dapatan.

Cuci luka semasa lawatan ke rumah
Cuci luka semasa lawatan ke rumah. Kesesuaian, slot dan caj disahkan sebelum lawatan.

Penilaian doktor di rumah

Doktor mengambil sejarah, memeriksa dan menentukan rawatan atau langkah seterusnya untuk keadaan bukan kecemasan.

Penjagaan warga emas

Pemeriksaan untuk warga emas atau pesakit yang sukar bergerak, termasuk semakan keadaan umum dan ubat semasa.

Rawatan selepas penilaian

Rawatan yang sesuai diberikan selepas pemeriksaan. Keadaan yang tidak sesuai untuk housecall akan diarahkan ke klinik atau hospital.

Susulan dan rujukan

Doktor menerangkan susulan, lawatan klinik atau rujukan hospital jika pemeriksaan menunjukkan ia diperlukan.

Perkhidmatan di bawah doktor & jururawat ke rumah

Prosedur yang boleh dibuat di rumah

Untuk pesakit terlantar atau sukar bergerak, dalam keadaan bukan kecemasan. Setiap permintaan dinilai dan disahkan oleh team sebelum lawatan.

Jururawat ke rumah

Lawatan jururawat klinik untuk prosedur yang telah dirancang bersama doktor.

Tukar tiub makan (Ryle's)

Tiub makan melalui hidung ditukar mengikut jadual atau apabila perlu.

Pasang atau buang kateter kencing

Kateter kencing dipasang, ditukar atau dibuang di rumah.

Tukar tiub trakeostomi

Untuk pesakit yang sudah mempunyai trakeostomi dan perlu tiub ditukar.

Sedut kahak (suction)

Kahak dikeluarkan untuk pesakit yang sukar batuk sendiri.

Oksigen & nebuliser

Rawatan oksigen atau nebuliser di rumah, mengikut penilaian doktor.

Drip di rumah

Cecair melalui drip, jika doktor menilai ia sesuai diberikan di rumah.

Fisioterapi dada

Membantu melonggarkan kahak dan memudahkan pernafasan.

Kesesuaian, slot dan jumlah caj disahkan sebelum lawatan. Waktu bergantung pada lokasi dan ketersediaan team. Untuk kecemasan, hubungi 999.

Dari satu kunjungan sebenar

Lihat bagaimana kami hadir di rumah.

Pada usia 97 tahun, beliau mahukan pemeriksaan di rumah sendiri. Ikuti kunjungan pasukan Primakasih di sisi beliau.

Masa untuk mendengar. Perhatian untuk pesakit dan keluarga.

Baca kisah & teks video

Housecall untuk keadaan bukan kecemasan. Pasukan mengesahkan lokasi, kesesuaian, masa dan caj sebelum lawatan.

Rakaman penjagaan sebenar Teks Bahasa Melayu · muzik
Buka video berasingan

Satu lagi kunjungan, bersama keluarga.

Tonton kisah bersama keluarga

Tiga langkah. Tempahan disahkan selepas staf membalas.

  1. Hantar lokasi dan keadaan

    WhatsApp alamat atau pin lokasi, umur pesakit, keadaan ringkas dan waktu pilihan. Elakkan menghantar dokumen sensitif pada mesej pertama.

  2. Team sahkan slot dan caj

    Waktu bergantung pada lokasi dan ketersediaan doktor. Team menerangkan jumlah caj sebelum doktor bergerak.

  3. Doktor datang dan menilai

    Doktor membuat pemeriksaan di rumah, memberi rawatan yang sesuai dan menerangkan susulan atau rujukan jika perlu.

Kawasan dan kos

Alor Setar, Yan dan kawasan sekitar.

Alor Setar, Yan & kawasan sekitar

Kawasan berdekatan dengan perjalanan sekitar satu jam boleh dipertimbangkan. Team mengesahkan jarak dan ketersediaan selepas menerima lokasi anda.

Cawangan dan liputan →

Caj lawatan

Lawatan doktor
Dari RM150
Jumlah tepat
Disahkan dahulu

Caj disahkan sebelum lawatan.

Lokasi dan keperluan rawatan mempengaruhi jumlah caj. Tempahan belum disahkan sehingga staf membalas.

Sebelum meminta lawatan.

Macam mana nak panggil doktor ke rumah?

WhatsApp lokasi rumah, umur pesakit dan waktu pilihan kepada pasukan kami. Staf mengesahkan kesesuaian, masa dan caj sebelum doktor bergerak; tempahan disahkan selepas staf membalas.

Apa itu perkhidmatan Doktor Ke Rumah?

Doktor datang ke rumah untuk menilai dan merawat keadaan bukan kecemasan. Ia sesuai untuk warga emas, pesakit terlantar atau terhad pergerakan, dan sesiapa yang sukar datang ke klinik.

Berapa caj lawatan ke rumah?

Caj bergantung pada lokasi dan keperluan rawatan. Jumlah penuh disahkan sebelum doktor bergerak.

Bila doktor boleh datang?

Waktu lawatan bergantung pada lokasi dan ketersediaan doktor. Team menyemak permintaan pagi atau petang dan mengesahkan slot selepas staf membalas.

Kawasan mana yang dilindungi?

Perkhidmatan ini meliputi Alor Setar, Yan dan kawasan sekitar di Kedah. Sebagai panduan, kawasan dengan perjalanan sekitar satu jam boleh dipertimbangkan. Hantar lokasi untuk semakan jarak dan ketersediaan.

Apa yang boleh dibuat semasa lawatan?

Doktor membuat pemeriksaan dan memberi rawatan yang sesuai untuk keadaan bukan kecemasan. Doktor juga boleh mencadangkan susulan atau rujukan ke klinik atau hospital jika perlu.

Bagaimana jika ini kecemasan?

Housecall bukan perkhidmatan kecemasan. Jika ada sakit dada, sesak nafas teruk, tidak sedarkan diri atau pendarahan teruk, hubungi 999 atau terus ke jabatan kecemasan. Jangan tunggu lawatan ke rumah.

Bagaimana untuk membuat tempahan?

WhatsApp lokasi, umur pesakit, keadaan ringkas dan waktu pilihan. Team menyemak kawasan, slot dan jumlah caj. Tempahan hanya disahkan selepas staf membalas.

Maklumat umum, bukan diagnosis. Kesesuaian ditentukan selepas penilaian individu.

Doktor kami

Kenali insan di sebalik penjagaan.

Kenali latar pengalaman doktor sebelum menghubungi pasukan. Staf akan mengesahkan doktor, cawangan dan kesesuaian lawatan di rumah atau klinik.

Potret Dr Muhammad Hasif Bin Yusof.

Primakasih Yan

Dr Muhammad Hasif Bin Yusof

MMC 88517

Pernah bertugas di Hospital Yan. Kini doktor keluarga anda di Taman Awana. Sebelum di Primakasih, Dr Hasif berkhidmat di Jabatan Pediatrik, Kecemasan dan Perubatan Am Hospital Yan. Pengalaman itu membantu beliau menilai dengan tenang bila sesuatu boleh dirawat di klinik dan bila perlu dirujuk ke hospital, untuk anak kecil hingga datuk nenek.

Kenali doktor
Potret Dr Shahrul Fadzli Bin Abd Wahab dalam pakaian klinikal.

Primakasih Alor Setar

Dr Shahrul Fadzli Bin Abd Wahab

MMC 103332

Pengalaman doktor keluarga di Australia, kini di Taman Anggerik. Dr Shahrul pernah berkhidmat dalam perubatan am di New South Wales, termasuk klinik luar bandar dan urgent care, sebelum menyertai Primakasih Alor Setar pada 2025. Kini beliau menjaga seisi keluarga di Alor Setar, dengan bidang minat masalah kulit, kesihatan warga emas, kesihatan lelaki dan kanak-kanak.

Kenali doktor
Kenali seluruh pasukan Primakasih

Untuk anak yang menjaga

Menguruskan penjagaan ibu atau ayah?

Bandingkan lawatan ke klinik dengan doktor ke rumah. Untuk permintaan lawatan ke rumah, anda boleh menyemak mesej WhatsApp sebelum memilih untuk menghantarnya. Staf mengesahkan kesesuaian, masa dan caj.

Pilih cara penjagaan ibu ayah Penilaian luka di rumah

Jika lawatan klinik lebih sesuai.

Hantar lokasi. Kami sahkan jarak, slot dan caj.

Nyatakan umur pesakit dan keadaan ringkas. Elakkan menghantar dokumen sensitif pada mesej pertama.

Maklumat yang anda hantar hanya digunakan oleh pasukan Primakasih untuk mengatur rawatan. Kongsi maklumat asas dahulu; butiran kesihatan boleh dibincang terus dengan doktor. Dasar Privasi →

Jika anda menghantar maklumat bagi pihak ibu ayah, pastikan mereka bersetuju.

Kecemasan? Hubungi 999 atau ke jabatan kecemasan hospital terdekat.